Celik IT

Artikel berkaitan Keselamatan ICT / Tutorial Perisian / Tips & Tricks / Infografik dll.

Tips & Tricks

Tips & Tricks (3)

Manual Tatacara Log Masuk Ke Emel MyGovUc 2.0

mygovuc1 2a10f660

Perkhidmatan MyGovUC 2.0Banner

NOTA: Sila muat turun Manual Tatacara Log Masuk Ke Emel MyGovUc 2.0 disini.

Tagged under

Perkhidmatan Eduroam PTSB

Apa itu EDUROAM?

Eduroam atau lebih dikenali sebagaieducation roaming’ ialah perkhidmatan akses perantauan yang selamat digunakan di seluruh dunia untuk komuniti penyelidikan dan pembelajaran antarabangsa. Eduroam membenarkan pelajar, penyelidik dan staf daripada institusi-institusi yang terlibat untuk menerima kemudahan Internet apabila melawat institusi- institusi terlibat hanya dengan log masuk menggunakan id institusi mereka sendiri.

Konsep eduroam adalah pengesahan pengguna dilakukan oleh institusi asal pengguna manakala kebenaran capaian ke rangkaian/internet dilakukan oleh institusi yang dilawati. Eduroam adalah salah satu projek MyREN (Malaysia Research and Education Network) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan diperluaskan penggunaannya kepada komuniti Politeknik Malaysia.

eduroam infographic

Perkhidmatan ini boleh digunakan di mana-mana institusi pengajian tinggi yang berdaftar di seluruh dunia. Untuk rujukan senarai institusi yang terlibat dan perkhidmatan Eduroam, boleh layari capaian di bawah:

 

Disertakan manual pengguna bagi perkhidmatan Eduroam untuk panduan penggunaan.
Muat turun: TATACARA PENGGUNAAN WIRELESS EDUROAM DI PTSB.pdf

 

Tagged under

Masalah Biasa Komputer dan Penyelesaiannya

Kadang kala peranti komputer desktop/laptop/notebook sering kali mengalami masalah-masalah kecil yang sebenarnya boleh diatasi sendiri tanpa membazirkan duit untuk terus menghantarnya ke juruteknik atau kepada pakar. Lakukan pemeriksaan awal terlebih dahulu.

Nota : Sesetengah penyelesaian (langkah demi langkah) dikhususkan untuk pengguna komputer dengan sistem operasi (OS) Windows 7 sahaja.

1. GANGGUAN BEKALAN KUASA
Jika anda selalu mengalami gangguan kuasa dan masalah voltan secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan kerosakan teknikal yang turut menyebabkan kerosakan perkakasan dan kehilangan data. Jangan ambil mudah jika ia selalu berlaku.
Penyelesaian
Gunakan Uninterruptible Power Supply (UPS) yang akan menyediakan aliran tenaga kuasa berterusan kepada komputer walaupun menghadapi gangguan kuasa secara tiba-tiba. Ia akan menyediakan anda masa yang mencukupi untuk menyimpan data dan menutup komputer.

2. KEPANASAN
Sering kali berlaku kes komputer/laptop tidak memiliki sistem penyejukan yang mencukupi yang mana tidak mampu menampung kerja-kerja yang anda sedang lakukan. Apabila ia berlaku, komponen komputer/laptop tersebut mulai menjana haba berlebihan semasa beroperasi.
Penyelesaian
Untuk mengelakkan masalah ini berterusan, matikan komputer/laptop anda terlebih dahulu dan biarkan ia sebentar. Selain itu, periksa pada kipas bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Untuk laptop, jangan biarkan ia di atas lantai semasa bekerja sebaliknya dapatkan kipas tambahan sebagai sokongan penyejukan.