Artikel berkaitan Keselamatan ICT / Tutorial Perisian / Tips & Tricks / Infografik dll.
NOTA: Sila muat turun Manual Tatacara Log Masuk Ke Emel MyGovUc 2.0 disini.
Apa itu EDUROAM?
Eduroam atau lebih dikenali sebagai ‘education roaming’ ialah perkhidmatan akses perantauan yang selamat digunakan di seluruh dunia untuk komuniti penyelidikan dan pembelajaran antarabangsa. Eduroam membenarkan pelajar, penyelidik dan staf daripada institusi-institusi yang terlibat untuk menerima kemudahan Internet apabila melawat institusi- institusi terlibat hanya dengan log masuk menggunakan id institusi mereka sendiri.
Konsep eduroam adalah pengesahan pengguna dilakukan oleh institusi asal pengguna manakala kebenaran capaian ke rangkaian/internet dilakukan oleh institusi yang dilawati. Eduroam adalah salah satu projek MyREN (Malaysia Research and Education Network) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan diperluaskan penggunaannya kepada komuniti Politeknik Malaysia.
Perkhidmatan ini boleh digunakan di mana-mana institusi pengajian tinggi yang berdaftar di seluruh dunia. Untuk rujukan senarai institusi yang terlibat dan perkhidmatan Eduroam, boleh layari capaian di bawah:
Disertakan manual pengguna bagi perkhidmatan Eduroam untuk panduan penggunaan.
Muat turun: TATACARA PENGGUNAAN WIRELESS EDUROAM DI PTSB.pdf
Sukacita dimaklumkan bahawa staf dan pelajar PTSB telah didaftarkan sebagai pengguna lesen yang sah bagi Microsoft 365. Berikut merupakan tatacara pengaktifan akaun Microsoft 365 bagi pertama kali log masuk:
Untuk makluman lanjut berkaitan penggunaan Microsoft 365, sila layari "MICROSOFT 365 TRAINING"
Adalah dimaklumkan bahawa Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah menerima lesen penggunaan perisian Microsoft 365 Pro Plus (A3 for Faculty/A3 for Students) melalui kontrak perlesenan berpusat di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Microsoft 365 merupakan perkhidmatan dalam talian berkonsep awan (cloud) yang menawarkan pakej aplikasi merangkumi Microsoft Word, Excel, PowerPoint, OneNote dan banyak lagi. Ia juga menyokong pembelajaran atas talian yang memudahkan penyampaian maklumat, komunikasi dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih berkesan terutamanya antara pensyarah dan pelajar.
Setiap akaun yang dicipta diberikan 5 lesen bagi memasang Office 365 pada pelbagai peranti (PC or Mac/tablet/smartphone) dan sesuai untuk sistem pengoperasian seperti Windows/MacOS/iOS/Android.
Sejajar dengan perkhidmatan yang disediakan secara percuma ini, diharap warga PTSB dapat memanfaatkan perkhidmatan ini dengan sebaiknya dan menggunakannya untuk memudahkan penyampaian maklumat, peningkatan produktiviti, pembelajaran dan penyelidikan.
Office Downloadable Guides (PDF):
NOTA: Sila tonton video tutorial pada bahagian "Media".
NOTA: Sila tonton video tutorial pada bahagian "Media".
NOTA: Sila tonton video tutorial pada bahagian "Media".
NOTA KURSUS MICROSOFT OFFICE 2016 (WORD, EXCEL, POWERPOINT, ONEDRIVE)
Sumber Rujukan:
Beberapa tahun dahulu, kita semua mengalami era di mana ‘Bibik menggantikan Ibubapa’ dalam proses pembesaran anak-anak. Kini, fenomenanya agak berbeza sedikit. Fenomena yang menimpa bukan sahaja pada masyarakat di Malaysia, tetapi juga masyarakat di luar negara, di mana ‘Gajet menggantikan Bibik/Ibubapa’.
Ramai yang mengakui, senang jika ada Ipad, sebab ianya memudahkan mereka melakukan kerja rumah, mudah bagi mereka mengawal tingkah laku anak jika berada di rumah kawan sebagai contoh, ataupun di kedai makan. Tetapi, ramai yang tidak sedar, kesan yang boleh memudaratkan anak-anak kecil ini. Adakah anda tahu, bahawa rangsangan yang berlebihan dari penggunaan gajet ini boleh mengecutkan otak anak anda, terutamanya kanak-kanak yang berumur bawah 3 tahun? Gajet yang dimaksudkan ini juga termasuklah penggunaan televisyen, dan apa sahaja yang di tonton dan terhad dalam sebuah kotak.
Kenapa?
Kadang kala peranti komputer desktop/laptop/notebook sering kali mengalami masalah-masalah kecil yang sebenarnya boleh diatasi sendiri tanpa membazirkan duit untuk terus menghantarnya ke juruteknik atau kepada pakar. Lakukan pemeriksaan awal terlebih dahulu.
Nota : Sesetengah penyelesaian (langkah demi langkah) dikhususkan untuk pengguna komputer dengan sistem operasi (OS) Windows 7 sahaja.
1. GANGGUAN BEKALAN KUASA
Jika anda selalu mengalami gangguan kuasa dan masalah voltan secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan kerosakan teknikal yang turut menyebabkan kerosakan perkakasan dan kehilangan data. Jangan ambil mudah jika ia selalu berlaku.
Penyelesaian
Gunakan Uninterruptible Power Supply (UPS) yang akan menyediakan aliran tenaga kuasa berterusan kepada komputer walaupun menghadapi gangguan kuasa secara tiba-tiba. Ia akan menyediakan anda masa yang mencukupi untuk menyimpan data dan menutup komputer.
2. KEPANASAN
Sering kali berlaku kes komputer/laptop tidak memiliki sistem penyejukan yang mencukupi yang mana tidak mampu menampung kerja-kerja yang anda sedang lakukan. Apabila ia berlaku, komponen komputer/laptop tersebut mulai menjana haba berlebihan semasa beroperasi.
Penyelesaian
Untuk mengelakkan masalah ini berterusan, matikan komputer/laptop anda terlebih dahulu dan biarkan ia sebentar. Selain itu, periksa pada kipas bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Untuk laptop, jangan biarkan ia di atas lantai semasa bekerja sebaliknya dapatkan kipas tambahan sebagai sokongan penyejukan.
“PC saya slow !!”
“Nak bukak word, Excel lambat !! ”
“Nak buka itu ini semuanya lambat !!” ..
“Susahnya nak buat kerja.. pc ni .. nak mohon pc barulah…”
Apakah yang anda lakukan sekiranya anda melalui antara situasi di atas?
Adakah anda terus menyalahkan rangkaian yang perlahan, pc anda yang telah lama atau server yang perlahan ?
Adakah anda tahu apakah yang menyebabkan situasi di atas berlaku?
Cuba anda bayangkan, lebuhraya ke utara pada musim perayaan dan highway yang sama pada hari-hari kerja yang biasa. Adakah situasinya sama pada 2 masa yang berbeza tersebut?
Jawapannya tentulah tidak.. Lebuhraya dengan kapasiti yang sama akan jadi penuh sesak dengan kenderaan yang banyak pada musim-musim perayaan utama, sebaliknya ia akan lengang pada hari-hari biasa. Sekiranya kita memandu ketika kesesakan tentulah kita tidak boleh memandu dengan kelajuan 100km/j , kemungkinan hanya 30 hingga 40km/j sahaja. Tetapi sebaliknya, kita boleh memandu dengan kelajuan 120km/j ataupun lebih sekiranya highway tersebut lengang.
Begitulah gambaran dalam trafik rangkaian di pejabat anda. Rangkaian komputer yang anda gunakan dikongsi dengan semua pengguna rangkaian. Sebesar manapun kapasiti rangkaian yang ada tetapi sekiranya trafik rangkaian digunakan dengan tidak berhemah dan dipenuhi trafik yang ‘jahat’ , maka capaian rangkaian dari komputer kita akan menjadi perlahan.
Dari mana datangnya trafik yang ‘jahat’ ini ?
1GovUC adalah perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi bersepadu yang diuruskan secara berpusat di MAMPU. Perkhidmatan ini menggabungkan saluran-saluran komunikasi e-mel, persidangan video dan audio, instant messaging serta Sistem Pengurusan Identiti. Selain itu, perkhidmatan ini turut menyediakan kemudahan perkongsian maklumat melalui Portal Kolaboratif dan portal maklumat awam melalui Portal 1GovUC.
PERKHIDMATAN 1GovUC
JAMINAN TAHAP PERKHIDMATAN 1GovUC
Tahap kesediaan (availability) perkhidmatan 1GovUC adalah 99.5 peratus untuk semua peralatan (perkakasan dan perisian) 1GovUC di dalam Pusat Data Sektor Awam (PDSA) Putrajaya dan Cyberjaya.
Sila layari Portal 1GovUC (http://www.1govuc.gov.my/) untuk maklumat lanjut.
© Copyright 2024 Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi, PTSB