Sukacita dimaklumkan bahawa staf dan pelajar PTSB telah didaftarkan sebagai pengguna lesen yang sah bagi Microsoft 365. Berikut merupakan tatacara pengaktifan akaun Microsoft 365 bagi pertama kali log masuk:
- Rujuk manual pengguna pada pautan ini: Tatacara Pengaktifan Akaun Microsoft 365 PTSB.pdf (kali pertama log masuk)
- Untuk mengakses Microsoft 365, boleh layari capaian berikut: https://www.office.com
- Saiz storan OneDrive (Personal Cloud Storage) bagi setiap pengguna: 5TB
Untuk makluman lanjut berkaitan penggunaan Microsoft 365, sila layari "MICROSOFT 365 TRAINING"
Adalah dimaklumkan bahawa Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah menerima lesen penggunaan perisian Microsoft 365 Pro Plus (A3 for Faculty/A3 for Students) melalui kontrak perlesenan berpusat di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Microsoft 365 merupakan perkhidmatan dalam talian berkonsep awan (cloud) yang menawarkan pakej aplikasi merangkumi Microsoft Word, Excel, PowerPoint, OneNote dan banyak lagi. Ia juga menyokong pembelajaran atas talian yang memudahkan penyampaian maklumat, komunikasi dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih berkesan terutamanya antara pensyarah dan pelajar.
Setiap akaun yang dicipta diberikan 5 lesen bagi memasang Office 365 pada pelbagai peranti (PC or Mac/tablet/smartphone) dan sesuai untuk sistem pengoperasian seperti Windows/MacOS/iOS/Android.
Sejajar dengan perkhidmatan yang disediakan secara percuma ini, diharap warga PTSB dapat memanfaatkan perkhidmatan ini dengan sebaiknya dan menggunakannya untuk memudahkan penyampaian maklumat, peningkatan produktiviti, pembelajaran dan penyelidikan.
Office Downloadable Guides (PDF):
- Excel (Muat turun)
- OneDrive (Muat turun)
- OneNote (Muat turun)
- Outlook (Muat turun)
- PowerPoint (Muat turun)
- SharePoint Online (Muat turun)
- Teams (Muat turun)
- Word (Muat turun)
- Yammer (Muat turun)