Print this page
(0 votes)

Mengenai 1GovUC

1GovUC adalah perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi bersepadu yang diuruskan secara berpusat di MAMPU. Perkhidmatan ini menggabungkan saluran-saluran komunikasi e-mel, persidangan video dan audio, instant messaging serta Sistem Pengurusan Identiti. Selain itu, perkhidmatan ini turut menyediakan kemudahan perkongsian maklumat melalui Portal Kolaboratif dan portal maklumat awam melalui Portal 1GovUC.

 PERKHIDMATAN 1GovUC

  • E-mel
    Merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain dalam bentuk mesej elektronik.

  • Komunikasi Bersepadu (UC)
    Membolehkan pengguna berkomunikasi secara langsung melalui teks, panggilan suara, panggilan video dan perkongsian fail atas talian.

  • Portal dan Media Sosial
    Terdiri dari Portal 1GovUC, Portal Kolaboratif serta IPMS.

  • Perkhidmatan Nilai Tambah
    1GovUC menyediakan perkhidmatan Nilai Tambah seperti Pengarkiban E-mel, Big Mail Transfer (BMT), ADRMS, Perkhidmatan E-mel Relay (SMTP) serta Perlindungan Keselamatan E-mel.

 JAMINAN TAHAP PERKHIDMATAN 1GovUC

Tahap kesediaan (availability) perkhidmatan 1GovUC adalah 99.5 peratus untuk semua peralatan (perkakasan dan perisian) 1GovUC di dalam Pusat Data Sektor Awam (PDSA) Putrajaya dan Cyberjaya.

Sila layari Portal 1GovUC (http://www.1govuc.gov.my/) untuk maklumat lanjut.

Read 1483 times Last modified on Thursday, 16 November 2017 08:06
Administrator

Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.